Not-
Found
Showing posts with label Informasi. Show all posts
Showing posts with label Informasi. Show all posts

Apa itu Website defacement ?






Definisi Website Defacement 

Website Defacement/Defacing adalah satu serangan ke atas laman web yang mengubah penampilan visual laman web tersebut . Ia biasanya dilakukan oleh kelompok-kelompok tidak bertanggungjawah yang memecah masuk ke dalam pelayan web dan menggantikan laman web dihoskan dengan salah satu daripada mereka sendiri. Pada umumnya  dimaksudkan sebagai sejenis grafiti elektronik . Ia dilakukan dengan menggunakan pelbagai method ( cara-cara ) untuk mengakses laman web tersebut . Method yang selalu digunakan ialah Sql Injection . Cara termudah untuk masuk .

Method yang digunakan ialah :

  1. Sql Injecton
  2. FTP 
  3. Cross Site Scripting ( CSS )
  4. Local File Inclusion 
  5. Ddoa Attack
  6. Exploiting Vulnarabilitiy

Benda asa perlu tahu sebelum menggodam laman web ialah :
  1. Asas HTML , SQL , PHP
  2. Asas Javascript
  3. Asas tentang server dan bagaimana server berfungsi .

Posted by
Unknown

More

Proprietary VS Open Source

Perisian Hak Milik dan Perisian Sumber Terbuka




Perisian Hak Milik

Perisian Hak Milik memberi  hak eksklusif kepada penciptanya untuk mengawal pengeluaran semula , komunikasi , pencapaian , pengedaran dan sewaan komersial agi kerja-kerja perisian tersebut . Pengguna memerlukan lesen untuk menggunakan sesuatu perisian itu .

Perisan Sumber Terbuka

Manakala perisian terbuka pula ialah satu cara bagi pembangunan perisian dimana semua yang terlibat dalam pembangunan perisian ini mempunyai hak ke atas perisian yang dibangunkan . Perisian sumber terbuka ini dicipta oleh seseorang atau sekumpulan pengaturcara diseluruh dunia dan mereka bekerja tanpa dibayar gaji oleh mana-mana majikan . Kod sumber pada sumber terbuka ini ialah bebas dimana pengguna boleh diubah , dibaca malah dipertingkatkan .





Perisian Hak Milik



Perisian Sumber Terbuka
Pengguna memerlukan lesen untuk memiliki perisan tersebut .

Tidak memerlukan apa-apa lesen dan boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja .
Pengguna perlu membayar dengan jumlah wang yang tinggi untuk mendapatkan lesen .

Kos murah kerana ia boleh dimuat turun secara percuma dari internet .
Pihak pencipta tidak mendedahkan kod sumber kepada pengguna .

Kod sumber tersedia dan boleh diubah suai oleh pengguna .
Sering terdedah kepada virus kerana pencipta virus ingin menguji perisian tersebut .

Tidak terdedah kerana kod sumbernya boleh dilihat / diubah oleh semua .




Perisian Sumber Terbuka

- Perisian terbuka adalah perisian yang diberiakan secara percuma . Kod sumbernya juga didedahkan kepada pengguna untuk diubah suai dan sebagainya .

Sistem Pengoperasian Sumber Terbuka

- Sistem pengoperasian sumber terbuka ialah set program-program computer yang paling kompleks dan berfungsi dalam mengawal , menyelaras dan mengkoordinasi perkakasan seperti CPU , RAM , papan kekunci , paparan video dan sebagainya .

Antara contohnya ialah :

a) Haiku
b)Opensolaris
c)Linux –Redhat
              - CentOS
              - SUSE
              - Ubuntu
              - Android
              - Debian


Antara contoh perisian sumber terbuka :

1 – Editor Grafik
2 – Pemain Media
3 – Pejabat
4 – Pelayar Web
5 – E-Mel pelangan
6 – Perkongsian Fail & FTP 

Posted by
Unknown

More

Papan Induk atau dikenali Motherboard

Papan Induk

  • Papan Induk berfungsi sebagai jantung sebuah komputer . Ia merupakan sebuah papan litar yang besar dan terletak dibahagian bawah casis setiap unit setiap komputer . 
  • Papan induk ini diperbuat daripada kepingan kaca serat yang bewarna hijau dan di atasnya pula dipenuhi dengan cip , perintang , kapasitor dan juga litar-litar eloektronik . 
  • Dalam kata lain , kita boleh mengganggap bahawa papan induk adalah merupakan tempat bergantungnya segala komponen bagi sebuah komputer . 
Terdapat beberapa bahagian penting pada papan induk untuk kita bincangkan . Antaranya slot Unit Pemprosesan Pusat ( CPU ) , Slot dan Kad Pengembangan , Slot RAM , Ports dan Connecters . 




Contoh papan induk .

I - Unit Pemprosesan Unit ( CPU )
  • CPU merupakan nadi kepada komputer . Ia merupakan cip kecil yang bertugas dalam pemprosesan data pada kelajuan yang tinggi . 
  • Ia dipasang pada papan induk dan disejukkan dengan sistem pendingin kepas . AWAS , pemasangan CPU mestilah menepati spesifikasi papan induk yang telah ditetapkan oleh kilang . 
  • CPU dilekatkan pada soket yang telah ditetapkan mengikut jenisnys . Contohnya , INTEL , AMD dan sebagainya . 
  • CPU biasanya terletak di tengah-tengah papan induk dan diliputi oleh kipas pendingin .
II - Slot dan Papan Pengembangan ( Slots dan Expansion Cards ) 
  • Slot pengembangan adalah soket pada papan induk yang membolehkan kad pengembangan dipasang.
  • Juga disebut papan tambahan atau adapter atau kad . 
  • Kad pengembangan dipalam ke slot dalam unit sistem . Port di kad membolehkan kabel disambung dari kad tambah ke peranti yang beradi di luar . 





III - Slot Ingatan - RAM 

Slot ingatan RAM merupakan slot untuk menempatkan cip RAM . Kebanyakkan komputer mempunyai senibina terbuka , iaitu kita boleh membuat tambah ke atas ingatan RAM . Cip RAM akan dipalam ke slot pada papan induk untuk memberi lebih ingatan dan seterusnya menambah keupayaan komputer dalam menyimpan lebih banyak arahan dan data sebelum dan selepas di proses . 



Contoh Slot RAM 


IV - Ports dan Connecters Pada Papan Induk

Port adalah soket penyambug yang terletak di luar unit sistem . Port membolehkan peranti perisian atau input/output dipalam atau dihubung kepada komputer dan membolehkan peranti tersebut boeh berkomunikasi dengna sistem komputer . Kabel pula digunakan untuk menyambung peranti input dan output ke unit sistem melalui port .





Posted by
Unknown

More