Not-
Found
Showing posts with label Programming. Show all posts
Showing posts with label Programming. Show all posts

Bahasa Pengaturcaraan



Perl 
Practical Extraction and Report Language atau singkatanya Perl adalah bahasa pengaturcaraan yang dibangunkan oleh Larry Wall , terutamanya direka untuk teks pemprosesan. Kerana kebolehan pemprosesan kukuh teks, Perl telah menjadi salah satu bahasa yang paling popular untuk menulis skrip CGI. Perl adalah bahasa tafsiran, yang menjadikan ia mudah untuk membina dan menguji program yang mudah.





Python
Python ditafsirkan bahasa pengaturcaraan peringkat tinggi yang reka bentuk falsafah menekankan pembacaan kod . Sintaksis yang dikatakan jelas dan ekspresif.
Python menyokong paradigma pengaturcaraan berbilang, terutamanya tetapi tidak terhad kepada berorientasi objek, penting dan, sebahagian kecilnya, gaya pengaturcaraan berfungsi. Ia mempunyai sejenis sistem yang penuh dinamik dan pengurusan memori automatik, serupa dengan Skim, Ruby, Perl, dan Tcl. Seperti bahasa-bahasa lain yang dinamik, Python sering digunakan sebagai bahasa skrip, tetapi juga digunakan dalam pelbagai konteks bukan skrip. Menggunakan alat pihak ketiga, kod Python boleh dibungkus ke dalam program boleh laku yang tersendiri. Jurubahasa Python boleh didapati untuk sistem operasi banyak.





Javascript 
Javascript merupakan bahasa pemrograman berbasis atau berasaskan web dan berorientasi objek atau sering juga disebut OOP (Object Oriented Programming) . Dimana dianggap sebuah objek memilikimetode, properti dan event yang berbeda. Contohnya ketika kita mengklik tombol maka akanmuncul sebuah pesan peringatan. Ketika kursor melintasi link muncul pesan. Itulah beberapacontoh OOP sederhana.




Ruby

Ruby adalah dinamik, reflektif, kegunaan umum objek berorientasikan bahasa pengaturcaraan yang menggabungkan sintaks yang diilhamkan oleh Perl dengan ciri-ciri seperti Smalltalk.  Ruby mula-mula direka dan dibangunkan pada pertengahan 1990-an oleh Yukihiro "Matz" Matsumoto di Jepun.
Ruby menyokong paradigma pengaturcaraan pelbagai, termasuk objek berfungsi, berorientasikan, penting dan reflektif. Ia juga mempunyai sistem jenis dinamik dan pengurusan memori automatik; Oleh itu, ia adalah sama dalam pelbagai aspek dengan Smalltalk, Python, Perl, Lisp, Dylan, Pike, dan CLU.





Posted by
Unknown

More

Programming ( part 3 )

Struktur kawalan ( control structure )

Struktur kawalan adalah penyataan berstruktur dalam pengaturcaraan yang membenarkan pengaturcaraan mengawal aturcara program tersebut . Struktur kawalan boleh dibahagiakan kepada tiga iaitu :

1 - Jujukan ( sequence )
2 - Pilihan ( selection )
3 - Pengulangan ( repetition )

Kawalan Jujukan

Kawalan jujukan merujuk kepada pelaksanaan kod aturcara secara linear di dalam satu-satu program . Dalam kawalan jujukan setiap penyataan dilaksanakan mengikut urutan yang telah ditetapkan . Penyataan akan dilaksanakan ( execute ) satu demi satu mengikut susunan .



Kawalan Pilihan

Kawalan pilihan akan membenarkan pengaturcaraan untuk membuat pilihan kepada sesuatu peristiwa untuk situasi yang berbeza . Contoh kawalan pilihan adalah seperti , Jika .... , Jika ... dan hanya Jika . . ( If... Then ... Else ... )


Perbezaan yang ketara antara kawalan jujukan dan kawalan pilihan adalah pelaksanakan aturcara . Iaitu , kawalan jujukan akan melaksanakan baris demi baris mengikut turutan , manakala penyataan berdasarkan pilihan yang diberikan .

Posted by
Unknown

More

Programming ( part 2 )

Generasi Bahasa Pengaturcaraan 

  1. Generasi Pertama : Bahasa Mesin 
  2. Generasi Kedua : Bahasa Penghimpun 
  3. Generasi Ketiga : Bahasa Bertatacara Peringkat Tinggi 
  4. Generasi Keempar : Bahasa Berorientasikan Masalah
  5. Generasi Kelima : Bahasa Tabii . 
Pengaturcaraan Berasaskan Objek

Pengaturcaran berorientasikan objek ( Object-Oriented programming ) juga dikenali OOP ialah sejenis paradigma pengaturcaraan .

Pengaturcaraan berorientasikan objek dimulakan dengan melakarkan situasi masalah . Seterusnya , dengan proses memasukkan objek atau pembolehubat ( sebagai kata nama ) , kaedah ( sebagai kata kerja ) dan atribut ( sebagati sifat/adjektif ) rangka-kerja bagi aturcara dihasilkan yang dimodelkan untuk situasi tersebut . 

  1. Kelas ( class ) 
  2. Objek ( Object ) 
  3. Kaedah ( method )
  4. Pewarisan ( Inheritance ) 
  5. Pengkapsulan ( encapsulation ) 
  6. Pengabstrakan ( abstraction ) 

Kaedah Penterjemahan Bahasa Pengaturcaraan 

  • Terdapat tiga jenis penterjemahan bahasa pengaturcaraan iaitu :
    1 - Assembler
    2 - Pengkompil
    3 - Interpreters

Assembler 

Penterjemahan assembler akan menukarkan arutcara dalam bahasa assembler kepada bahasa mesin .

Pengkompil 
Pengkompil akan menukarkan kod sumber yang ditulis dalam bahasa peringkat tinggi kepada bahasa mesin .

Intrepeters 

Interpeters akan menukarkan pernyataan yang ditulis dalam bahasa peringkat tinggi kepada mesin kemudian melaksanakan sebaris demi sebaris pernyataan . 


Elemen Asas Pengaturcaraan 

Terdapat lima ( 5 ) elemen asa dalam pengaturcaraan iaitu :

I - Constant ( pemalar )
II - Variable ( pembolehubah )
III - Data type ( jenis data )
IV - Operator ( operasi asas matematik ) 
V - Control Structures ( struktur kawalan )

I - Constant
Pemalar adalah satu tempat data untuk menyimpan maklunat . Nilainya yang tidak akan berubah pada bila-bila masa walaupun semasa program sedang dilaksanakan . 





II - Variable ( pembolehubah )
Pembolehubat adalah tempat data yang juga untuk menyimpan maklumat . Nilai yang terdapat didalamnya akan berubah semasa program di laksanakan .

Pembolehubat atau juga dikenali ( variable ) merupakan kaedah pemudahcara bagaimana sesuatu bahasa pengaturcaraan menerima , menghantar dan pelbagai operasi lagi terhadap sesuatu input . 


III - Data type ( jenis data )
Jenis data bagi pembolehubah dan pemalar tetap menentukan jenis maklumat akan disimpan di dalam ruang ingatan yang diperuntukan . 


JENIS DATA

KEGUNAAN
Boolean
Bernilai BENAR atau SALAH
Byte
Satu aksara dalam ASCII
Currency
Nilai perpuluhan
Date
8 aksara untuk tarikh
Single
Nombor perpeluhan sehingga 6 tempat perpuluhan
Double
Nombor perpuluhan sehingga 14 perpuluhan
Integer
-32,768 hingga 32,767
Long
Bagi nilai yang lebih besar daripada integer
String
Data alpanumerik iaitu huruf , digit , dan lain-lain
Variant
Jenis data default

IV - Operator 
Operator adalah symbol atau tanda untuk memberitahu kepada komputer supaya melakukan operasi tertentu . Contoh , + , x , / . Secara umumnya terdapat tiga jenis operator iaitu :

1 - Matematikal operator
2 - Relational Operator
3 - Logikal operator .

Posted by
Unknown

More

Mari belajar tentang Pengaturcaraan ( Programming )

Apa itu program ? 

Satu program komputer ialah satu siri arahan-arahan terancang yang mengarahkan satu komputer membuat persembahan tugas-tugas tertentu . Tanpa program-program , komputer tidak berguna

Sebuah program mempunyai resepinya yang tersendiri . Ia mengandungi satu senarai pembolehubah-pombolehubah ( macam sains la pulak ) yang dipanggil bahan-bahan dan satu senarai kenyataan-kenyataan ( arahan ) yang memberitahu komputer apa yang perlu dilakukan dengan pembolehubah tersebut . Seperti resepi , pengaturcaraan boleh ditulis dalam pengaturcaraan yang berbeza .

Apa itu pengaturcaraan ?

Pengaturcaraan ialah satu ciptaan satu set perintah-perintah atau arahan-arahan yang mengarahkan satu komputer dalam melaksanakan satu tugas . Kemudian perintah-perintah atau arahan-arahan ini akan jadi disusun atau mentafsirkan lalu menukar kepada arahan-arahan yang boleh dilaksanakan oleh komputer .

Apa pula aturcara komputer ?

Aturcara komputer ialah satu siri suruhan yang mengarahkan komputer melaksanakan tugas . Seorang pengaturcaraan menulis atau menyunting aturcara komputer . Seorang pengaturcaraan menulis aturcara komputer menggunakan bahasa pengaturcaraan . Aturcara komputer adalah set arahan yang ditulis oleh seorang pengaturcaraan supaya komputer dapat melaksanakan tugas dengan betul .

Apa itu bahasa pengaturcaraan ?

Manusia berkemunikasi dengan komputer melalui aturcara atau program komputer . Aturcara komputer ditulis dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan .

Melalui bahasa pengaturcaraan , seorang pengaturcaraan dapat mengarahkan komputer untuk memproses data , menyelesaikan masalah dan melakukan tugas-tugas tertentu .

Bahasa pengaturcaraan ialah teknik komunikasi piawai untuk menjelaskan arahan kepada komputer .
Ia merupakan satu set peraturan sintaktik ( syntactic ) dan semantik ( semantic ) yang digunakan untuk menghasilkan sebuah program komputer .



Generasi Bahasa Pengaturcaraan

Posted by
Unknown

More