Not-
Found
Showing posts with label Komputer. Show all posts
Showing posts with label Komputer. Show all posts

Sistem Komputer

Pengenalan

  • Komputer adalah sebuah mesin yang dapat menyimpan dan memproses data menjadi maklumat pada kadar yang cepat dan tepat berdasarkan kepada siri arahan tertentu yang dipanggil aturcara . Sistem komputer terdiri daripada perkakasan (hardware) dan perisian (software) .                                       
  • Sistem komputer terdiri daripada empat komponen utama iaitu peranti input , peranti output, pemproses dan peranti storan . 

Definisi Sistem Komputer

Sistem komputer merupakan peranti elektronik yang berupaya menerima data ( input ) menerusi peranti-peranti tertentu seperti keyboard oleh pengguna . Data-data tersebut akan diproses ( proses ) menjadi maklumat yang berguna oleh CPU menerusi perisian tertentu . Maklumat tersebut akan di paparkan ( output ) menerusi peranti seperti monitor ataupun pada mesin pencetak . Maklumat tersebut juga boleh disimpan ( storan ) untuk kegunaan pada masa-masa akan datang . 

Contoh sistem komputer .


Input 
  • Input adalah apa jua data atau bahan yang ditaip dan dimasukkan ke dalam komputer menerusi peranti input tertentu . 
  • Peranti Input merujuk kepada perkakasan yang digunakan oleh pengguna untuk memberi arahan dan di masukkan program dan data kepada komputer . 
  • Kesemua alat ( peranti ) input mengkod ( encode ) maklumat kepada data supaya boleh diproses oleh sistem komputer digital . Berikut adalah jenis-jenis peranti Input :
1 - Papan kekunci ( keyboard )
2 - Tetikus ( mouse )
3 - Mikrofon ( mic )
4 - Pengimbas ( scanner )
5 - Kamera digital ( camera )
6 - Kayu ria ( Joy stick )
7 - Pengimbas kod bar ( bar code scanner ) 


Proses
  • Komputer mempunyai unit melaksanakan arahan yang diberi dengan memproses data-data. Proses yang dilakukan adalah menerima dan menyimpan data dari input kemudian diproses mengikut arahan dan dihantar hasilya kepada peranti output . 
  • Aktiviti proses adalah melibat operasi campur , tolak , darab dan bahagi . Ia juga memindahkan data dengan perbandingan dalam unit juta/ribu juta sesaat . 
  • Ia dilaksanakan olah Unit Pemprosesan Pusat atau CPU ( Central Processing Unit ) .




Output
  • Output adalah hasil daripada proses manipulasi data ke atas data yang dimasukkan oleh pengguna menerusi peranti input . Ia akan di papar atau kelihatan menerusi peranti output .
  • Peranti Output adalah peralatan untuk memaparkan maklumat yang telah diproses oleh komputer untuk dilihat , didengar atau digunakan oleh pengguna . 
  • Peranti output akan menukar data komputer kepada maklumat yang boleh difahami oleh pengguna komputer . Antara contohnya ialah :
  1. Monitor 
  2. Projektor LCD
  3. Pencetak 
  4. Pembesar suara .




Storan
  • Storan adalah proses menyimpan data atau maklumat yang belum atau selesai diproses .
  • Peranti storan pula adalah medium yang digunakan oleh komputer atau menyimpan data dan maklumat secara kekal atau sementara sahaja . 
  • Secara ringkasnya , terdapat hanya dua jenis storan iaitu :
  1. Storan Primier ( Primary Storage ) = RAM ( Random Access Memory ) , Cache Memory dan ROM ( Read Only Memory )
  2. Storan sekunder ( Secondary Storage ) = Cakera keras ( hard disk ) , Disket , CD-ROM , Flash drive , memory stick dan lain-lain . 

Contoh storan .


Posted by
Unknown

More

Apa itu Storan RAM dan ROM ?

Storan

Komputer merupakan peralatan elektronik yang berupaya untuk menyimpan data , arahan , maklumat dan dokumen . Ia boleh dipanggil untuk digunakan pada bila-bila masa . Komputer menyimpannya dalam bentuk elektromagnet .

Storan terbahagi kepada dua iaitu :

Storan Primer ( RAM dan ROM )

RAM merupakan cip yang menyimpan aturcara dan data yang sedang diproses oleh CPU . Ia merupakan storan sementara kerana sebaik sahaja suis elektrik dimatikan , semua data yang disimpan dalam RAM akan hilang .

ROM pula merupakan Cip ingatan baca sahaja ( ROM ) mempunyai atur cara yang dimuatkan semasa pengilangan . Cip ROM tidak meruap dan tidak boleh diubah suai oleh pengguna . Antara maklumat yang dimasukkan ke dalam ROM ialah konrigurasi-konrigurasi sistem komputer , kod mikro dan BIOS ( Basic Input Or Output System ) .

Stroran Sekunder

Storan sekunder adalah sebarang peranti storan yang direka bentuk untuk menyimpan data dan arahan dalam bentuk kekal tanpa disokong oleh sebarang bekalan kuasa . Storan ini tidak meruap keran data disimpan dalam bentuk magnetik , optik atau magneto-optik yang tidak memerlukan bekalan tenaga . Saiz storan sekunder lazimnya adalah 512 MB , 4GB , 329GB atau 10TB .

Contoh storan sekunder ialah :

  1. Medium Magnet
    - Pita magnetik
    - Cakera Liut
    - Cakera keras
  2. Storan Optikal
    - CD ( compact disc )
    - DVD ( digital versatile / video disc )
  3. Ingatan Kilat
    - Pemacu kilat USB
    -Kad memori . 



Posted by
Unknown

More

Kitaran Mesin Komputer


Kitaran Mesin 


Kitaran Pemprosesan Maklumat Melibatkan Input , Proses , Output dan Storan . 
  • Komputer melaksanakan satu arahan dalam satu masa . Sebelum sesuatu arahan dilaksanakan , arahan dan data dari peranti input atas storan kedua akan dipindahkan ke dalam ingatan utama ( RAM ) .

  1. Angkut ( fetching )
    - U
    nit kawalan (CU ) akan mengankut ( fetch ) arahan program dan data dari ingatan utama ( RAM ).
  2. Terjemah ( decode )
    -
    Unit kawalan aan menterjemahkan  (decode ) arahan dan dipindahkan data yang diperlukan dari memoro ke Unit Artithmetik dan Logik ( ALU ) .
  3. Laksana ( execute )
    Unit Arithmetik dan Logik ( ALU ) akan melaksanakan ( execute ) arahan arithmetik dan logik .
  4. Simpan ( storing )
    Unit Arithmetik dan Logik ( ALU ) akan menyimpan hasil pemprosesan ke dalam ingatan utama ( RAM ) atau ke dalam storan sekunder . 

Posted by
Unknown

More

Definisi Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Definisi ICT

Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( Information and Communication Tecnlogy ) atau ringkasnya ICT adalah penggunaan komputer, peranti komunikasi dan perisian aplikasi untuk memproses, menyimpan, mencapai semula, melindungi dan menghantar maklumat dari mana-mana tempat pada bila-bila masa .

Definisi Maklumat

Maklumat merujuk kepada sebarang data-data yang telah dimanipulasikan oleh kpmputer yang boleh disimpan, dikongsi dan boleh dicapai pada bila-bila masa dan di mana jua .

Definisi Komunikasi

Komunikasi adalah proses bertukar-tukar maklumat dengan menggunakan peranti dan perkhidmatan komunikasi sepeeti Interner, E-mail, telesidang video dan telefon .




ICT dalam kehidupan


Posted by
Unknown

More