Apa itu milicious code ?

Apa itu Malicious code (kod jahat) ?

Malicous code merupakan sebuah program nakal dan berniat jahat . Program direka untuk menyebabkan kerosakan pada sesuatu perisian yang lain . Kod ini ditulis oleh pengaturcara komputer (programmer) . Lazimnya mereka ini amat mahir mengendalikan sesuatu bahasa atucara, ini kerana untuk menulis kod jahat tersebut, seseorang pengaturcara haruslah mahir mengendalikan sesuatu bahasa arucara melebihi paras kemampuan pengaturcara biasa . Pengaturcara yang mampu menulis virus digelar PSYCHOPATH .

Terbahagi kepada beberapa kategori mengikut teknik serangan .

  • Virus
  • Cecacing (worm)
  • Trojan Horse 
  • Time Bomb 

Virus 

Virus adalah program yang mampu menyalin dirinya ke dalam program yang lain tanpa disedari . Ia akan berada pada permulaan arahan program (*exe) atau akhir program (.com) . Apabila pengguna menggunakan program yang dicemari ini , ia akan mencari program lain dan menjangkiti program itu sebelum execute program yang digunakan oleh pengguna tersebut . Ia akan menyalin ke program yang digunakan sehingga komputer ditutup (off ) .

Cecacing (worm)

Cecacing adalah sebuah program yang tidak bergantung pada program lain . Ia juga tidak mengubah sesuatu program tersebut . Sebaliknya , ia hanya menyalin dirinya menjadi banyak apabila digunakan . 

Trojan Horse
Trojan horse pada mulanya berfungsi seperti biasa tetapi pada keadaan tertentu ia akan melakukan tugasnya . Ia juga kadang kala bertindak menghantar salinan dokumen tertentu ke internet atau penciptanya, seperti senarai kata laluan sesebuan sistem komputer . 

Time Bomb 

Time bomb tidak membuat sainan dirinya . Sebaliknya ia bertindak mengikut tarikh dan masa yang tertentu . Lazimnya ia dilakukan oleh pengaturcara yang tidak berpuashati dengan majikannya atau untuk tujuan pemusnahan . Time bomb akan dimasukkan ke dalam komputer dan apabila tiba masanya untuk bertindak (contohnya pada tarikh pengaturcara tersebut hendak berhenti dari syarikat itu ) ia akan memadam kesemua fail-fail yang di dalam komputer atau fail sistem tersebut .

0 comments:

Post a Comment