Papan Induk atau dikenali Motherboard

Papan Induk

  • Papan Induk berfungsi sebagai jantung sebuah komputer . Ia merupakan sebuah papan litar yang besar dan terletak dibahagian bawah casis setiap unit setiap komputer . 
  • Papan induk ini diperbuat daripada kepingan kaca serat yang bewarna hijau dan di atasnya pula dipenuhi dengan cip , perintang , kapasitor dan juga litar-litar eloektronik . 
  • Dalam kata lain , kita boleh mengganggap bahawa papan induk adalah merupakan tempat bergantungnya segala komponen bagi sebuah komputer . 
Terdapat beberapa bahagian penting pada papan induk untuk kita bincangkan . Antaranya slot Unit Pemprosesan Pusat ( CPU ) , Slot dan Kad Pengembangan , Slot RAM , Ports dan Connecters . 




Contoh papan induk .

I - Unit Pemprosesan Unit ( CPU )
  • CPU merupakan nadi kepada komputer . Ia merupakan cip kecil yang bertugas dalam pemprosesan data pada kelajuan yang tinggi . 
  • Ia dipasang pada papan induk dan disejukkan dengan sistem pendingin kepas . AWAS , pemasangan CPU mestilah menepati spesifikasi papan induk yang telah ditetapkan oleh kilang . 
  • CPU dilekatkan pada soket yang telah ditetapkan mengikut jenisnys . Contohnya , INTEL , AMD dan sebagainya . 
  • CPU biasanya terletak di tengah-tengah papan induk dan diliputi oleh kipas pendingin .
II - Slot dan Papan Pengembangan ( Slots dan Expansion Cards ) 
  • Slot pengembangan adalah soket pada papan induk yang membolehkan kad pengembangan dipasang.
  • Juga disebut papan tambahan atau adapter atau kad . 
  • Kad pengembangan dipalam ke slot dalam unit sistem . Port di kad membolehkan kabel disambung dari kad tambah ke peranti yang beradi di luar . 





III - Slot Ingatan - RAM 

Slot ingatan RAM merupakan slot untuk menempatkan cip RAM . Kebanyakkan komputer mempunyai senibina terbuka , iaitu kita boleh membuat tambah ke atas ingatan RAM . Cip RAM akan dipalam ke slot pada papan induk untuk memberi lebih ingatan dan seterusnya menambah keupayaan komputer dalam menyimpan lebih banyak arahan dan data sebelum dan selepas di proses . 



Contoh Slot RAM 


IV - Ports dan Connecters Pada Papan Induk

Port adalah soket penyambug yang terletak di luar unit sistem . Port membolehkan peranti perisian atau input/output dipalam atau dihubung kepada komputer dan membolehkan peranti tersebut boeh berkomunikasi dengna sistem komputer . Kabel pula digunakan untuk menyambung peranti input dan output ke unit sistem melalui port .





0 comments:

Post a Comment