Programming ( part 3 )

Struktur kawalan ( control structure )

Struktur kawalan adalah penyataan berstruktur dalam pengaturcaraan yang membenarkan pengaturcaraan mengawal aturcara program tersebut . Struktur kawalan boleh dibahagiakan kepada tiga iaitu :

1 - Jujukan ( sequence )
2 - Pilihan ( selection )
3 - Pengulangan ( repetition )

Kawalan Jujukan

Kawalan jujukan merujuk kepada pelaksanaan kod aturcara secara linear di dalam satu-satu program . Dalam kawalan jujukan setiap penyataan dilaksanakan mengikut urutan yang telah ditetapkan . Penyataan akan dilaksanakan ( execute ) satu demi satu mengikut susunan .



Kawalan Pilihan

Kawalan pilihan akan membenarkan pengaturcaraan untuk membuat pilihan kepada sesuatu peristiwa untuk situasi yang berbeza . Contoh kawalan pilihan adalah seperti , Jika .... , Jika ... dan hanya Jika . . ( If... Then ... Else ... )


Perbezaan yang ketara antara kawalan jujukan dan kawalan pilihan adalah pelaksanakan aturcara . Iaitu , kawalan jujukan akan melaksanakan baris demi baris mengikut turutan , manakala penyataan berdasarkan pilihan yang diberikan .

0 comments:

Post a Comment