Apa itu sistem pengoperasian ( OS ) ?






Sistem pengoperasian ( OS )

·    Sistem pengoperasian ( operating system @ OS ) adalah set program-program yang di pasang di dalam cakera keras .   Bertugas sebagai dalam mengawal , menyelaras dan mengkoordinasi perkakasan , dipasang untuk kegunaan perlbagai pengguna .
·    Tanpa OS , sesebuah computer  adalah tidak berguna atau tidak berfungsi .

Jenis-jenis OS pada Platform yang berbeza  .

Terdapat tiga platform yang berbeza untuk memasang perisian system yang berbeza iaitu :

1 - Platform PC atau Keserasian IBM
2 – Platform Apple
3 – Platform pelbagai  ( cross platform )

Contoh  :

·         I – Platform PC
      a – Disk Operating System ( DOS )
      b – Microsoft Window ME
      c – Microsoft XP
      d – Microsoft Windows Vista
      e – Microsoft Windows 7

·         II – Paltform Apple ( Macintosh )
      a – Mac OS x Lion
      b – Mac OS X Snow Leopard
      c – Mac OS x Leopard

·         III - Platform Pelbagai ( cross platform )
       a – Kumpulan Linux
            1 – Linux Suse
            2 – Linux Ubuntu
            3 – Linux RedHat
            4 – Linuz Fedora
            5 – Linux Fedora
            6 – Linux Slackware

      b – Free BSD .

Peringatan – Platform PC dan Platform Apple adalah perisian HAK MILIK . Penyalahgunaan boleh didakwa Akta Hakcipta 2000 . Perisian Platform Pelbagai adalah terbuka ( Open source ) . 


Fungsi  OS 

Sistem pengoperasian ( OS ) adalah set program –program computer yang paling kompleks dan penting untuk computer . Ia berfungsi dan mengawal , menelaras dan mengkoordinasi perkakasan seperti pemproses ( CPU ) , ingatan utama ( RAM ) , papan kekunci , paparan , video , pemacu cakera dan sebagainya . Ia juga menyediakan antara muka pengguna dan membolehkan program aplikasi dipasang untuk kegunaan pelbagai pengguna . Antara fungi OS adalah :
  1. Menghidupkan dan Mematikan Komputer .
  2. Menyediakan Antaramuka Pengguna ( User Interface ) . Contoh : Command-based User Interface ) , Menu drive dan GUI ( Graphic User Interface )
  3. Menguruskan Data dan Perisian Lain .
  4. Pengurusan Ingatan Utama ( RAM ) .
  5. Menguruskan Perkakasan . 



Antaramuka OS

Antaramuka pengguna adalah sebahagian daripada system pengoperasian yang anda dapat lihat dan berinteraksi dengannya . Antaramuka OS juga membolehkan pengguna berinteraksi dengan program atau berinteraksi dengan pengguna lain .
  • Pacuan Perintah ( command-based user interface )
    - Pacuan perintah ini memerlukan pengguna untuk menaip arahan demi arahan dalam satu baris pada sesuatu masa untuk melaksanakan sesuatu arahan yang perlu dilakukan . Contoh , copy = Ctrl + C , paste = Ctrl + V .
  • Pacuan Menu ( menu driven )
    - Antaramuka pengguna ini menggunakan menu untuk berkomunikasi dengan computer . Pengguna mempunya pelbagai arahan yang dipaparkan dan hanya perlu memilih salah satu sahaja . Contoh , Mesin ATM .
  • Antaramuka Pengguna Bergrafik ( GUI ) 
    - Antaramuka pengguna grafik ( GUI ) membolehkan sistem pengoperasian dan program senang digunakan . Dalam bahasa lain , ia mesra pengguna . 






Perisan Aplikasi

Perisian aplikasi merupakan program atau juga di sebut perisan . Ia direka bentuk untuk memudahkan atau membantu pengguna-pengguna dalam melakukan tugas-tugas seharian mereka . Perisian aplikasi juga membolehkan pengguna membaca dan berinteraksi dengan semua maklumat .

Jenis-Jenis Perisian Aplikasi .

1 – Perisian Pemprosesan Perkataan .
2 – Perisian hamparan elektronik
3 – Perisian persembahan
4 – Perisian Pangkalan Data
5 – Perisian Grafik
6 – Pelayar Internet
7 – Penerbitan Meja



Program Utiliti

Perisian utiliti merujuk kepada perisian sokongan atau bantuan yang berperanan membantu memastikan kelancaran perkakasan computer , sistem pengendalian dan perisian aplikasi .

Di antara contoh perisian utiliti yang biasa digunakan ialah :

1 – Disk Clean-up
2 – Disk Defragmenter
3 – Perisian antivirus
4 – Penjagaan cakera keras
5 – Sistem sandaran ( backup )
6 – Utiliti arkib ( archive )
7 – Utiliti pemampatan ( compression )
8 – Utiliti penyulitan ( encryption )












1 comments:

  1. Assalamualaikum...Terima kasih atas ilmu dan maklumat yang berkesan di hati..Jazakallah/...

    ReplyDelete