Proprietary VS Open Source

Perisian Hak Milik dan Perisian Sumber Terbuka




Perisian Hak Milik

Perisian Hak Milik memberi  hak eksklusif kepada penciptanya untuk mengawal pengeluaran semula , komunikasi , pencapaian , pengedaran dan sewaan komersial agi kerja-kerja perisian tersebut . Pengguna memerlukan lesen untuk menggunakan sesuatu perisian itu .

Perisan Sumber Terbuka

Manakala perisian terbuka pula ialah satu cara bagi pembangunan perisian dimana semua yang terlibat dalam pembangunan perisian ini mempunyai hak ke atas perisian yang dibangunkan . Perisian sumber terbuka ini dicipta oleh seseorang atau sekumpulan pengaturcara diseluruh dunia dan mereka bekerja tanpa dibayar gaji oleh mana-mana majikan . Kod sumber pada sumber terbuka ini ialah bebas dimana pengguna boleh diubah , dibaca malah dipertingkatkan .





Perisian Hak Milik



Perisian Sumber Terbuka
Pengguna memerlukan lesen untuk memiliki perisan tersebut .

Tidak memerlukan apa-apa lesen dan boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja .
Pengguna perlu membayar dengan jumlah wang yang tinggi untuk mendapatkan lesen .

Kos murah kerana ia boleh dimuat turun secara percuma dari internet .
Pihak pencipta tidak mendedahkan kod sumber kepada pengguna .

Kod sumber tersedia dan boleh diubah suai oleh pengguna .
Sering terdedah kepada virus kerana pencipta virus ingin menguji perisian tersebut .

Tidak terdedah kerana kod sumbernya boleh dilihat / diubah oleh semua .




Perisian Sumber Terbuka

- Perisian terbuka adalah perisian yang diberiakan secara percuma . Kod sumbernya juga didedahkan kepada pengguna untuk diubah suai dan sebagainya .

Sistem Pengoperasian Sumber Terbuka

- Sistem pengoperasian sumber terbuka ialah set program-program computer yang paling kompleks dan berfungsi dalam mengawal , menyelaras dan mengkoordinasi perkakasan seperti CPU , RAM , papan kekunci , paparan video dan sebagainya .

Antara contohnya ialah :

a) Haiku
b)Opensolaris
c)Linux –Redhat
              - CentOS
              - SUSE
              - Ubuntu
              - Android
              - Debian


Antara contoh perisian sumber terbuka :

1 – Editor Grafik
2 – Pemain Media
3 – Pejabat
4 – Pelayar Web
5 – E-Mel pelangan
6 – Perkongsian Fail & FTP 

0 comments:

Post a Comment