Apa itu Storan RAM dan ROM ?

Storan

Komputer merupakan peralatan elektronik yang berupaya untuk menyimpan data , arahan , maklumat dan dokumen . Ia boleh dipanggil untuk digunakan pada bila-bila masa . Komputer menyimpannya dalam bentuk elektromagnet .

Storan terbahagi kepada dua iaitu :

Storan Primer ( RAM dan ROM )

RAM merupakan cip yang menyimpan aturcara dan data yang sedang diproses oleh CPU . Ia merupakan storan sementara kerana sebaik sahaja suis elektrik dimatikan , semua data yang disimpan dalam RAM akan hilang .

ROM pula merupakan Cip ingatan baca sahaja ( ROM ) mempunyai atur cara yang dimuatkan semasa pengilangan . Cip ROM tidak meruap dan tidak boleh diubah suai oleh pengguna . Antara maklumat yang dimasukkan ke dalam ROM ialah konrigurasi-konrigurasi sistem komputer , kod mikro dan BIOS ( Basic Input Or Output System ) .

Stroran Sekunder

Storan sekunder adalah sebarang peranti storan yang direka bentuk untuk menyimpan data dan arahan dalam bentuk kekal tanpa disokong oleh sebarang bekalan kuasa . Storan ini tidak meruap keran data disimpan dalam bentuk magnetik , optik atau magneto-optik yang tidak memerlukan bekalan tenaga . Saiz storan sekunder lazimnya adalah 512 MB , 4GB , 329GB atau 10TB .

Contoh storan sekunder ialah :

  1. Medium Magnet
    - Pita magnetik
    - Cakera Liut
    - Cakera keras
  2. Storan Optikal
    - CD ( compact disc )
    - DVD ( digital versatile / video disc )
  3. Ingatan Kilat
    - Pemacu kilat USB
    -Kad memori . 



0 comments:

Post a Comment