Jenis-Jenis Teknologi Komunikasi Rangkain

Jenis-Jenis Teknologi Rangkaian .

  1. Internet
    - Internet merupakan gabungan rangkaian komputer seluruh dunia . Ia mengandunig juataan rangkaian yang saling berhubung dan membolehkan pertukaran maklumat berlaku secara percuma .
    - Internet merupakan rangkaian awam yang menghubung rangkaian perniagaan , agensi kerajaan dan perseorangan .
    - Ia menggunakan protokol TCP / IP dan lain-lain .
    - Contohnya , mail elektronik , borak atas talian , pautan web .
  2. Intranet
    - Intranet adalah rangkaian bagi sesebuah organisasi yang menggunakan teknologi internet . Ia adalah rangkaian komputer perseorangan ( private ) yang menggunakan protokol-protokol internet .
    - Rangkaian ini menggunakan protokol TCP/IP , HTTP dan protokol yanglain .
    - Intranet dikelaskan sebagai Private Internet .
    - Contoh , direktori telefon dan jadual kerja .
  3. Extranet
    - Extranet merupakan rangkaian komputer persendirian yang menggunakan teknologi internet dan sistem telekomunikasi awam .
    -Ia digunakan untuk perkongsian maklumat atau pengoperasian perniagaan antara rakan kongsi .
    - Ia beroperasi dengan menggunakan Firewall ( tembok api ) , sijil digital untuk pengesahan dan pengecaman . Ia juga menggunakan kaedah enkripsi ( encryption ) untuk tahap keselamatan yang tinggi .
    - Maklumat dihantar melalui VPNs iaitu Virtual Private Network . 

1 comments: