Penggodam a.k.a Hackers

Apa itu penggodam ?


Penggodam merupakan individu , kumpulan atau organisasi yang tidak bertanggungjawab yang membuat capaian yang tidak sah ke atas sistem komputer lain menerusi rangkaian komputer . Mereka menggodam komputer dengan menggunakan kod aturcara tertentu . Mereka mungkin berniat untuk mencuri maklumat untuk dijual kepada pihak yang berminat atau sebarang strategi dan promosi produk . Penggodan juga merosakkan sistem komputer serta data didalamnya .

Penggodam terbahagi kepada dua iaitu 
  • Black Hat Hacker ( Topi hitam )
  • White Hat Hacker ( Topi putih )





Black Hat Hacker ( topi hitam ) 

Black hat hacker adalah penggodam yang menceroboh tanpa tanggungjawab , mereka menggodam dengan mengganggu sistem , merosakkan sistem , mencuri dara atau sebagainya dengan secara tidak berkerbenaran . Mereka menggunakan pelbagai cara , pintu belakang(backdoor) dan bermacam lagi . Virus digunakan untuk memecahkan tembok api (firewall) atau code password yang lain . Misalnya , Jonathan James , Michael Calce dan lain-lain .

White Hat Hacker ( topi putih )

White hat hacker adalah penggodam yang bertujuan baik . Bukan untuk menjatuhkan orang lain , menganggu sistem atau sebagainya . Penggodam jenis ini hanya ingin menguji kehandalan mereka sahaja . Kebanyakkan dari mereka dari kumpulan-kumpulan tertentu . Contohnya , GaySec , Rileks Crew , Phantom Crew , DotMy dan sebagainya .

0 comments:

Post a Comment