Sistem Komputer

Pengenalan

  • Komputer adalah sebuah mesin yang dapat menyimpan dan memproses data menjadi maklumat pada kadar yang cepat dan tepat berdasarkan kepada siri arahan tertentu yang dipanggil aturcara . Sistem komputer terdiri daripada perkakasan (hardware) dan perisian (software) .                                       
  • Sistem komputer terdiri daripada empat komponen utama iaitu peranti input , peranti output, pemproses dan peranti storan . 

Definisi Sistem Komputer

Sistem komputer merupakan peranti elektronik yang berupaya menerima data ( input ) menerusi peranti-peranti tertentu seperti keyboard oleh pengguna . Data-data tersebut akan diproses ( proses ) menjadi maklumat yang berguna oleh CPU menerusi perisian tertentu . Maklumat tersebut akan di paparkan ( output ) menerusi peranti seperti monitor ataupun pada mesin pencetak . Maklumat tersebut juga boleh disimpan ( storan ) untuk kegunaan pada masa-masa akan datang . 

Contoh sistem komputer .


Input 
  • Input adalah apa jua data atau bahan yang ditaip dan dimasukkan ke dalam komputer menerusi peranti input tertentu . 
  • Peranti Input merujuk kepada perkakasan yang digunakan oleh pengguna untuk memberi arahan dan di masukkan program dan data kepada komputer . 
  • Kesemua alat ( peranti ) input mengkod ( encode ) maklumat kepada data supaya boleh diproses oleh sistem komputer digital . Berikut adalah jenis-jenis peranti Input :
1 - Papan kekunci ( keyboard )
2 - Tetikus ( mouse )
3 - Mikrofon ( mic )
4 - Pengimbas ( scanner )
5 - Kamera digital ( camera )
6 - Kayu ria ( Joy stick )
7 - Pengimbas kod bar ( bar code scanner ) 


Proses
  • Komputer mempunyai unit melaksanakan arahan yang diberi dengan memproses data-data. Proses yang dilakukan adalah menerima dan menyimpan data dari input kemudian diproses mengikut arahan dan dihantar hasilya kepada peranti output . 
  • Aktiviti proses adalah melibat operasi campur , tolak , darab dan bahagi . Ia juga memindahkan data dengan perbandingan dalam unit juta/ribu juta sesaat . 
  • Ia dilaksanakan olah Unit Pemprosesan Pusat atau CPU ( Central Processing Unit ) .




Output
  • Output adalah hasil daripada proses manipulasi data ke atas data yang dimasukkan oleh pengguna menerusi peranti input . Ia akan di papar atau kelihatan menerusi peranti output .
  • Peranti Output adalah peralatan untuk memaparkan maklumat yang telah diproses oleh komputer untuk dilihat , didengar atau digunakan oleh pengguna . 
  • Peranti output akan menukar data komputer kepada maklumat yang boleh difahami oleh pengguna komputer . Antara contohnya ialah :
  1. Monitor 
  2. Projektor LCD
  3. Pencetak 
  4. Pembesar suara .




Storan
  • Storan adalah proses menyimpan data atau maklumat yang belum atau selesai diproses .
  • Peranti storan pula adalah medium yang digunakan oleh komputer atau menyimpan data dan maklumat secara kekal atau sementara sahaja . 
  • Secara ringkasnya , terdapat hanya dua jenis storan iaitu :
  1. Storan Primier ( Primary Storage ) = RAM ( Random Access Memory ) , Cache Memory dan ROM ( Read Only Memory )
  2. Storan sekunder ( Secondary Storage ) = Cakera keras ( hard disk ) , Disket , CD-ROM , Flash drive , memory stick dan lain-lain . 

Contoh storan .


0 comments:

Post a Comment